Al-Rumman Organic Delima Juice

Thursday, April 4, 2013


Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus.

Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet.


Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak sedikit sahaja di dalamnya. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.

Jus buah delima memberikan zat dan menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ia bersifat ringan dan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.


0 comments:

Post a Comment